1. TUHAN itu raja,orang gementar kerana Dia;Dia bertakhta di atas kerub,dan bumi pun bergoncang.
2. TUHAN sangat berkuasa di Sion;Dia penguasa tertinggi atas semua bangsa.
3. Setiap orang akan memujinama-Nya yang agung dan mulia.Sucilah Dia!
4. Hai Raja yang perkasa,Engkau mencintai hukum;Engkau telah menegakkan keadilan di Israel,Engkau telah melaksanakan hukum dan keadilan.
5. Pujilah TUHAN, Allah kita;sujudlah di hadapan takhta-Nya!Sucilah Dia!