5. Nyanyikanlah pujian untuk TUHAN,pujilah Dia dengan memetik kecapi.
6. Tiuplah trompet dan sangkakala,bersoraklah di hadapan TUHAN, Raja kita!
7. Berderulah,hai laut dan segala isimu,bernyanyilah,hai bumi dan semua yang mendiamimu.
8. Bertepuk tanganlah,hai sungai-sungai;bersorak-sorailah di hadapan TUHAN, hai bukit-bukit,
9. kerana TUHAN datang untuk memerintah bumi.Dia akan memerintah penduduk dunia dengan adil dan jujur.