Mazmur 97:6-11 Alkitab Berita Baik (BM)

6. Langit mengisytiharkan keadilan-Nya,dan semua bangsa melihat kemuliaan-Nya.

7. Semua orang yang menyembah berhala dipermalukan,semua dewa bersujud di hadapan TUHAN.

8. Penduduk Sion bersukacita,dan kota-kota di Yehuda bergembira,kerana keputusan-Mu, ya TUHAN.

9. Ya TUHAN Yang Maha Kuasa, Engkaulah pemerintah seluruh bumi;Engkau lebih berkuasa daripada semua dewa.

10. TUHAN mengasihi orang yang membenci kejahatan;Dia melindungi hidup umat-Nya,dan menyelamatkan mereka daripada kuasa orang jahat.

11. Kebaikan Allah bersinar seperti cahaya pada orang jujur,dan memberikan kegirangan kepada orang baik.

Mazmur 97