5. Engkau mengakhiri hidup kami,hidup kami seperti mimpi.Kami umpama rumput yang bertunas pada waktu pagi,
6. yang tumbuh dan berbunga,tetapi layu dan mati pada waktu petang.
7. Kami binasa kerana kemurkaan-Mu;kami takut kerana kemarahan-Mu.
8. Engkau membentangkan dosa kami di hadapan-Mu,dosa kami yang tersembunyi dilihat oleh-Mu.
9. Usia kami dikurangkan kerana kemurkaan-Mu;hidup kami berakhir seperti satu hembusan nafas.
10. Tujuh puluh tahun sahaja usia kami,lapan puluh, jika kami kuat;namun yang kami alami hanya kekhuatiran dan kesusahan;kehidupan segera berakhir dan kami pun lenyap.
11. Siapakah pernah mengalami dahsyatnya kemurkaan-Mu?Siapakah yang sedar akan akibat kemarahan-Mu?