22. kerana mereka tidak mempunyai keyakinan terhadap-Nya,dan tidak percaya bahawa Dia dapat menyelamatkan mereka.
23. Tetapi Allah berfirman kepada langit di atas,dan memberikan perintah supaya pintunya dibuka.
24. Dia memberi mereka biji-bijian dari syurga,dengan menurunkan manna untuk makanan mereka.
25. Demikianlah mereka makan makanan malaikat.Allah memberi mereka makanan berlimpah-limpah.
26. Dia menyebabkan angin timur bertiup,dan dengan kuasa-Nya angin selatan berhembus.
27. Untuk umat-Nya,Dia menurunkan burung,burung sebanyak pasir di pantai;
28. burung jatuh di tempat perkhemahan mereka,di sekeliling tempat kediaman mereka.
29. Lalu mereka makan hingga kenyang;Allah memberikan apa yang dikehendaki mereka.