Mazmur 73:15-21 Alkitab Berita Baik (BM)

15. Sekiranya aku berkata begitu,aku mengkhianati umat-Mu.

16. Aku cuba memahami hal itu,tetapi terlalu sukar bagiku,

17. sehingga aku masuk ke dalam Rumah-Mu,barulah aku memahami kesudahan semua orang jahat itu.

18. Engkau pasti meletakkan mereka di tempat-tempat yang licindan menyebabkan mereka jatuh dan binasa.

19. Mereka dibinasakan dengan serta-merta;sungguh dahsyat kesudahan mereka.

20. Mereka umpama mimpi yang menghilang pada waktu pagi,ketika Engkau bangkit,ya Tuhan, mereka pun lenyap.

21. Ketika aku sakit hati,dan perasaanku dilukai,

Mazmur 73