Mazmur 46:6-12 Alkitab Berita Baik (BM)

6. Allah tinggal di situ, kota yang tidak akan dimusnahkan;ketika masih subuh, Dia akan datang menolongnya.

7. Bangsa-bangsa ketakutan, kerajaan-kerajaan gentar;ketika Allah mengguntur, bumi pun lebur.

8. TUHAN Yang Maha Kuasa menyertai kita;Allah Yakub melindungi kita.

9. Mari, lihatlah apa yang telah dilakukan TUHAN.Lihatlah, perbuatan Allah di bumi sangat menakjubkan.

10. Dia menghentikan perang di seluruh dunia;Dia mematahkan busur, memusnahkan lembing,dan membakar perisai.

11. Dia berfirman, “Berhentilah berperang,ketahuilah bahawa Aku ini Allah,yang agung antara bangsa-bangsa dan di seluruh bumi.”

12. TUHAN Yang Maha Kuasa menyertai kita;Allah Yakub melindungi kita.

Mazmur 46