Mazmur 37:35-40 Alkitab Berita Baik (BM)

35. Aku pernah melihat orang jahat yang suka menindas orang lain;mereka tinggi seperti pokok sedar di Lebanon;

36. kemudian aku lalu, tetapi mereka tiada lagi;aku mencari tetapi tidak menjumpai mereka.

37. Perhatikanlah orang yang baik dan orang yang salih;orang yang suka akan perdamaian mempunyai keturunan;

38. tetapi orang yang berdosa akan dibinasakan,dan keturunan mereka pun dihapuskan.

39. Orang yang salih diselamatkan oleh TUHAN;Dia melindungi mereka pada masa kesusahan.

40. Dia menolong dan menyelamatkan mereka;serta membebaskan mereka daripada orang jahat,kerana mereka minta perlindungan daripada-Nya.

Mazmur 37