Mazmur 30:1-6 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Mazmur Daud. Lagu untuk pentahbisan Rumah TUHAN.

2. Aku memuji Engkau, ya TUHAN, kerana Engkau telah menyelamatkan akudan tidak membiarkan musuhku mentertawakan aku.

3. Aku berseru kepada-Mu meminta pertolongan, ya TUHAN, Allahku,dan Engkau menyembuhkan aku.

4. Engkau menghalang aku turun ke alam maut,dan menyelamatkan aku dari dunia orang mati.

5. Nyanyikanlah pujian kepada TUHAN,hai umat-Nya yang setia!Ingatlah perkara yang telah dilakukan Yang Maha Sucidan bersyukurlah kepada-Nya!

6. Kemurkaan-Nya hanya sekejap sahaja,tetapi kebaikan-Nya berlangsung sepanjang umur.Air mata mungkin mengalir pada waktu malam,tetapi fajar membawa kegembiraan.

Mazmur 30