Mazmur 27:1-4 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Mazmur Daud.TUHAN adalah cahayaku dan penyelamatku;aku tidak akan takut kepada sesiapa pun.TUHAN melindungi aku daripada segala bahaya;aku tidak akan gentar.

2. Apabila orang jahat menyerang aku dan cuba membunuh aku,mereka akan tersandung lalu jatuh.

3. Walaupun semua tentera mengepung aku,aku tidak akan takut;walaupun musuhku menyerang aku,aku akan tetap percaya kepada Allah.

4. Aku telah memohon satu perkara kepada TUHAN;hanya satu sahaja yang aku minta;untuk tinggal di dalam Rumah TUHAN sepanjang hidupku,untuk menyaksikan segala kebaikan-Nya,dan meminta bimbingan-Nya.

Mazmur 27