Mazmur 11:2-7 Alkitab Berita Baik (BM)

2. kerana di tempat yang gelap, orang jahat telah melengkungkan busur,dan memasang anak panah untuk memanah orang baik.

3. Tiada apa-apa lagi yang dapat dilakukan orang baikapabila tata tertib masyarakat musnah.”

4. TUHAN berada di Rumah-Nya yang suci;Dia mempunyai takhta di syurga.Dia memperhatikan semua manusiadan mengetahui segala perbuatan mereka.

5. Dia menguji orang baik dan orang jahat;Dia sangat membenci orang yang mencintai keganasan.

6. Orang jahat dihukum-Nya dengan malapetaka,dengan arang berapi, belerang, dan angin yang menghanguskan.

7. TUHAN adil dan mengasihi orang yang berbuat baik;orang jujur akan melihat dan mengenal Dia.

Mazmur 11