Mazmur 107:29-37 Alkitab Berita Baik (BM)

29. Dia meneduhkan angin ribut,dan ombak pun menjadi tenang.

30. Mereka bersukacita kerana ketenangan itu,dan Dia memimpin mereka ke pelabuhan yang dituju.

31. Mereka mesti bersyukur kepada TUHAN untuk kasih-Nya yang kekal,untuk perbuatan menakjubkan yang dilakukan-Nya bagi mereka.

32. Mereka mesti memberitakan keagungan-Nya dalam perhimpunan umat,dan memuji Dia di hadapan majlis para pemimpin.

33. TUHAN mengeringkan sungai sehingga seperti gurun,dan menjadikan mata air kering gersang.

34. Dia menyebabkan tanah subur menjadi padang tandus,akibat kezaliman orang yang tinggal di sana.

35. Dia mengubah padang pasir menjadi kolam air,dan tanah yang kering menjadi mata air.

36. Dia membolehkan orang yang kelaparan tinggal di sana,dan mereka membina kota sebagai tempat kediaman.

37. Mereka membajak ladang dan menanam pokok anggur,dan mendapat hasil yang banyak.

Mazmur 107