Mazmur 10:4-10 Alkitab Berita Baik (BM)

4. Orang jahat tidak mempedulikan TUHAN;kerana mereka sombong, mereka berfikir Allah tidak ada.

5. Orang jahat berjaya dalam segala perbuatan mereka.Mereka tidak dapat memahami pengadilan Allah;mereka mentertawakan musuh-musuh mereka.

6. Mereka berkata dalam hati, “Kami tidak akan gagal;kami tidak akan ditimpa kesusahan.”

7. Percakapan mereka penuh dengan sumpahan, dusta, dan ancaman;mereka cepat menista dan menjahati orang.

8. Mereka bersembunyi di kampung-kampung,dan menunggu untuk membunuh orang yang tidak bersalah.Mereka mengintip mangsa yang tidak berdaya;

9. mereka menunggu di tempat persembunyian seperti singa.Mereka menantikan orang yang tidak berupaya,lalu menangkap dan menyeret mereka dari situ.

10. Mangsa yang tidak berdaya remuk tergelimpang,ditewaskan oleh keganasan.

Mazmur 10