1. Apabila Yesus melihat orang ramai itu, Dia naik ke bukit lalu duduk. Pengikut-pengikut-Nya berkumpul di sekeliling-Nya,
2. lalu Dia mula mengajar mereka:
3. “Berbahagialah orang yang sedar bahawa mereka memerlukan Allah,merekalah yang menikmati Pemerintahan Allah!
4. Berbahagialah orang yang bersedih hati,Allah akan menghiburkan mereka!
5. Berbahagialah orang yang rendah hati,mereka akan menerima apa yang telah dijanjikan oleh Allah!