Matius 23:32-36 Alkitab Berita Baik (BM)

32. Jika demikian teruskan dan selesaikan apa yang dimulakan oleh nenek moyang kamu!

33. Kamu jahat seperti ular berbisa dan kamu keturunan orang jahat! Bagaimana mungkin kamu dapat melepaskan diri daripada hukuman di neraka?

34. Ketahuilah bahawa Aku akan mengutus nabi, orang bijak, dan guru kepada kamu. Kamu akan membunuh beberapa orang antara mereka dan menyalibkan yang lain. Kamu akan menyesah yang lain di dalam rumah ibadat, dan mengejar mereka dari satu kota ke kota lain.

35. Akhirnya, Allah akan menghukum kamu kerana pembunuhan semua orang yang tidak bersalah itu, mulai daripada pembunuhan Habel yang tidak bersalah, sehingga pembunuhan Zakharia anak Berekia, yang kamu bunuh di antara Rumah Tuhan dan mazbah.

36. Percayalah, orang zaman ini akan dihukum kerana semua pembunuhan itu!”

Matius 23