Matius 2:22-23 Alkitab Berita Baik (BM)

22. Tetapi apabila Yusuf mendengar bahawa Arkelaus, putera Herodes, sudah menggantikan bapanya sebagai raja negeri Yudea, Yusuf takut pergi ke sana. Yusuf menerima arahan selanjutnya dalam mimpi, lalu dia pergi ke wilayah Galilea.

23. Dia tinggal di kota yang bernama Nasaret. Dengan demikian berlakulah apa yang dikatakan oleh nabi-nabi tentang anak itu, “Dia akan disebut Orang Nasaret.”

Matius 2