1. Beberapa orang Farisi dan orang Saduki datang kepada Yesus. Mereka hendak memerangkap Dia. Mereka meminta Yesus melakukan mukjizat untuk membuktikan bahawa Dia datang daripada Allah.
2. Yesus menjawab, [“Apabila matahari terbenam, kamu berkata, ‘Cuaca baik, kerana langit merah.’
3. Pada pagi hari, kamu berkata, ‘Hari akan hujan, kerana langit merah dan gelap.’ Kamu dapat meramalkan cuaca dengan melihat keadaan langit, tetapi kamu tidak dapat memahami hal-hal yang berlaku pada masa ini!]
4. Alangkah jahat dan derhakanya orang zaman ini! Kamu meminta Aku melakukan mukjizat, tetapi satu-satunya mukjizat yang akan ditunjukkan kepada kamu hanyalah mukjizat Nabi Yunus.”Setelah berkata demikian, Yesus meninggalkan mereka lalu pergi dari situ.
5. Apabila pengikut-pengikut Yesus menyeberangi tasik, mereka lupa membawa roti.
6. Yesus berkata kepada mereka, “Berhati-hatilah dengan ragi orang Farisi dan Saduki.”