Lukas 22:56-59 Alkitab Berita Baik (BM)

56. Apabila salah seorang hamba wanita nampak Petrus duduk dekat api unggun, dia mengamati Petrus lalu berkata, “Orang ini juga bersama-sama Yesus!”

57. Tetapi Petrus menafikannya, “Aku tidak mengenal orang itu!”

58. Sejurus kemudian, seorang lagi nampak Petrus dan berkata, “Kamu juga seorang daripada mereka!”Tetapi Petrus menjawab, “Bukan!”

59. Kira-kira sejam kemudian, seorang lain berulang kali berkata, “Pasti orang ini pengikut Yesus, kerana dia juga orang Galilea!”

Lukas 22