Kisah Rasul-Rasul 16:1-3 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Paulus meneruskan perjalanan ke Derbe dan kemudian ke Listra. Seorang pengikut Yesus bernama Timotius tinggal di situ. Ibunya, orang Yahudi yang sudah percaya kepada Yesus; tetapi bapanya orang Yunani.

2. Semua pengikut Yesus yang tinggal di Listra dan Ikonium memuji Timotius.

3. Paulus hendak membawa Timotius dengannya. Oleh itu Paulus menyunat Timotius, kerana semua orang Yahudi di daerah itu tahu bahawa bapa Timotius orang Yunani.

Kisah Rasul-Rasul 16