Keluaran 17:6-9 Alkitab Berita Baik (BM)

6. Aku akan berdiri di hadapan kamu di atas sebuah batu besar di Gunung Sinai. Pukullah batu itu, maka air akan memancar untuk diminum orang.” Musa melakukan hal itu di hadapan para pemimpin orang Israel.

7. Tempat itu dinamakan Masa dan Meriba kerana orang Israel bersungut-sungut dan menguji TUHAN ketika mereka bertanya, “Adakah TUHAN menyertai kita atau tidak?”

8. Orang Amalek datang dan menyerang orang Israel di Rafidim.

9. Musa berkata kepada Yosua, “Pilihlah beberapa orang untuk memerangi orang Amalek esok. Aku akan berdiri di puncak bukit sambil memegang tongkat sebagaimana yang disuruh Allah.”

Keluaran 17