9. Perayaan ini akan menjadi satu peringatan, seperti tanda yang diikat pada tangan atau dahi kamu, untuk mengingatkan kamu bahawa kamu mesti terus-menerus mengucapkan dan mengkaji Taurat TUHAN, kerana TUHAN telah membawa kamu keluar dari Mesir dengan kuasa-Nya yang besar.
10. Rayakanlah perayaan ini tiap-tiap tahun, pada masa yang ditetapkan.”
11. Musa berkata kepada orang Israel, “TUHAN akan membawa kamu ke tanah orang Kanaan, yang telah dijanjikan-Nya kepada kamu dan nenek moyang kamu. Selepas Dia memberikannya kepada kamu,
12. kamu mesti mempersembahkan setiap anak lelaki sulung kepada TUHAN. Setiap anak jantan sulung ternakan kamu adalah kepunyaan TUHAN.