Kejadian 48:21-22 Alkitab Berita Baik (BM)

21. Selepas itu Yakub berkata kepada Yusuf, “Lihatlah, tidak lama lagi aku akan menghembuskan nafas yang terakhir, tetapi Allah akan menyertai kamu dan membawa kamu kembali ke negeri nenek moyang kamu.

22. Aku memberikan Sikhem kepadamu dan bukan kepada saudara-saudaramu; kawasan yang subur yang kurebut daripada orang Amori dengan pedang dan panahku.”

Kejadian 48