Kejadian 36:2-20-21 Alkitab Berita Baik (BM)

2. Esau berkahwin dengan tiga orang wanita Kanaan: Ada, anak Elon orang Het; Oholibama anak Ana, cucu Zibeon orang Hewi;

14. Isteri Esau yang bernama Oholibama, iaitu anak Ana dan cucu Zibeon, melahirkan tiga orang anak lelaki: Yeus, Yaelam, dan Korah.

15. Inilah ketua-ketua suku keturunan Esau: Elifas, anak sulung Esau, ialah nenek moyang suku-suku yang berikut: Teman, Omar, Zefo, Kenas, Korah, Gaetam, dan Amalek.

16. Mereka semua keturunan Ada, isteri Esau.

17. Rehuel, anak Esau, ialah nenek moyang suku-suku yang berikut: Nahat, Zerah, Syama, dan Miza. Mereka semua keturunan Basmat, isteri Esau.

18. Suku-suku berikut ialah keturunan Esau daripada isterinya yang bernama Oholibama anak Ana: Yeus, Yaelam, dan Korah.

19. Semua suku itu keturunan Esau.

20-21. Penduduk asli tanah Edom terdiri daripada suku-suku keturunan Seir, orang Hori. Suku-suku itu ialah Lotan, Syobal, Zibeon, Ana, Disyon, Ezer, dan Disyan.

Kejadian 36