10. Raja Abimelekh bertitah, “Apakah yang sudah kamu lakukan terhadap kami? Salah seorang daripada orang beta, dengan mudahnya dapat meniduri isterimu, dan kamu akan bertanggungjawab terhadap kesalahan kami.”
11. Kemudian Raja Abimelekh memberikan amaran kepada rakyatnya, “Sesiapa yang mengganggu orang ini ataupun isterinya akan dibunuh.”
12. Ishak menyemai benih untuk bercucuk tanam di negeri itu, dan pada tahun itu dia mendapat hasil seratus kali ganda kerana TUHAN memberkati dia.
13. Kekayaannya semakin bertambah dan dia menjadi kaya raya.