Kejadian 24:29-30-39 Alkitab Berita Baik (BM)

3. Bersumpahlah demi nama TUHAN, Allah yang menguasai langit dan bumi, bahawa kamu tidak akan mencari isteri untuk anakku Ishak, di kalangan orang di tanah Kanaan ini.

4. Kamu harus kembali ke negeri tempat kelahiranku untuk mencari isteri baginya di kalangan saudara maraku.”

5. Tetapi hambanya itu bertanya, “Bagaimanakah jika gadis itu enggan meninggalkan rumahnya untuk datang bersama saya ke negeri ini? Haruskah saya menghantar anak tuan itu kembali ke negeri asal tuan?”

6. Abraham menjawab, “Jangan sekali-kali hantar anakku ke sana!

7. TUHAN, Allah yang menguasai langit, sudah membawa aku ke sini dari rumah bapaku dan dari tanah saudara maraku. Dia sudah bersumpah kepadaku bahawa Dia akan memberikan tanah ini kepada keturunanku. Dia akan mengutus malaikat-Nya untuk menolongmu, supaya di sana kamu boleh mendapatkan seorang isteri untuk anakku.

8. Jika gadis itu enggan mengikut kamu, maka kamu bebas daripada sumpah ini. Tetapi jangan hantar anakku ke sana walau apa pun yang terjadi.”

9. Kemudian hamba itu meletakkan tangannya di antara pangkal paha Abraham, tuannya, lalu dia bersumpah untuk melakukan apa yang diminta oleh Abraham.

29-30. Ribka mempunyai seorang abang yang bernama Laban. Dia mendengar cerita adiknya tentang apa yang dikatakan hamba itu. Dia juga nampak perhiasan pada hidung adiknya dan gelang pada lengannya. Oleh itu Laban berlari ke luar rumah untuk menemui hamba Abraham yang masih berdiri dekat perigi bersama dengan unta-untanya.

31. Laban berkata, “Tuan orang yang diberkati TUHAN! Janganlah tinggal di luar. Marilah ke rumah kami. Kami sudah menyediakan bilik untuk tuan dan juga tempat bagi unta-unta tuan.”

32. Hamba itu mengikut dia lalu masuk ke dalam rumah. Laban menurunkan beban unta, lalu memberikan jerami dan makanan kepada unta-unta itu. Kemudian dia membawa air pembasuh kaki untuk hamba Abraham dan semua orangnya.

33. Apabila makanan dihidangkan, hamba itu berkata, “Saya tidak akan makan sebelum menyampaikan pesan yang saya bawa.”Laban berkata, “Silakan, katakanlah.”

34. Oleh itu hamba Abraham mulai bercakap, katanya, “Saya ini hamba Abraham.

35. TUHAN sangat memberkati tuan saya dan menjadikan dia kaya raya. TUHAN sudah memberikan kawanan domba, kambing, lembu, unta, keldai, juga perak, emas, serta hamba lelaki, dan hamba perempuan kepadanya.

36. Sara, isteri tuan saya, telah melahirkan seorang anak lelaki ketika umurnya sudah lanjut. Tuan saya sudah mewariskan segala hartanya kepada anaknya itu.

37. Tuan saya menyuruh saya berjanji dengan sumpah supaya mentaati perintahnya. Katanya, ‘Janganlah pilih isteri untuk anakku di kalangan gadis-gadis di tanah Kanaan ini,

38. melainkan di kalangan saudara mara puak bapaku. Pergilah ke sana dengan segera.’

39. Saya bertanya kepada tuan saya, ‘Bagaimana jika gadis itu enggan mengikut saya?’

Kejadian 24