Imamat 24:21-23 Alkitab Berita Baik (BM)

21. Sesiapa yang membunuh binatang mesti mengganti binatang itu, tetapi sesiapa yang membunuh orang mesti dihukum mati.

22. Hukum ini berlaku untuk kamu semua, baik orang Israel mahupun orang asing yang tinggal di kalangan kamu, kerana Akulah TUHAN, Allah kamu.”

23. Setelah Musa menyampaikan firman itu kepada umat Israel, mereka membawa orang yang mengutuk Allah itu ke luar perkhemahan, lalu merejam dia sampai mati. Dengan demikian umat Israel melakukan apa yang sudah diperintahkan TUHAN kepada Musa.

Imamat 24