Imamat 23:13-17 Alkitab Berita Baik (BM)

13. Bersama dengan korban itu, kamu harus mempersembahkan dua kilogram tepung terbaik yang bercampur minyak zaitun sebagai persembahan makanan. Bau korban itu menyenangkan hati TUHAN. Bersama dengan korban itu, persembahkan juga satu liter wain.

14. Jangan makan barli baru kamu itu, sama ada yang mentah, yang dipanggang, ataupun yang dijadikan roti, sebelum kamu mempersembahkan barli baru itu kepada Allah. Peraturan ini harus dipatuhi oleh semua keturunan kamu selama-lamanya.

15. Mulai hari selepas Sabat, ketika kamu mempersembahkan berkas barli yang pertama kepada TUHAN, kamu harus menghitung tujuh minggu penuh.

16. Pada hari kelima puluh, iaitu hari selepas Sabat yang ketujuh, persembahkanlah gandum baru sebagai korban untuk mengucap syukur kepada TUHAN.

17. Tiap-tiap keluarga harus membawa dua buku roti, sebagai persembahan istimewa kepada TUHAN. Tiap-tiap buku roti harus dibuat daripada dua kilogram tepung terbaik yang bercampur ragi. Roti ini harus dipersembahkan kepada TUHAN sebagai korban daripada tuaian gandum yang pertama.

Imamat 23