4. Aku mendekatkan merekadengan penuh kasih sayang.Aku mendukung dan mencium mereka,Aku membongkok dan memberi mereka makan.
5. Mereka tidak mahu kembali kepada-Ku. Oleh itu mereka mesti kembali ke Mesir, dan bangsa Asyur akan memerintah mereka.
6. Peperangan akan melanda kota-kota mereka, dan pintu gerbang kota akan dirobohkan. Umat-Ku akan dimusnahkan kerana mereka menurut kemahuan mereka sendiri.
7. Mereka berkeras hendak meninggalkan Aku. Mereka akan berseru minta tolong kerana tertindas, tetapi tiada sesiapa pun akan membebaskan mereka.
8. Hai Israel, Aku tidak mungkin menolak kamu;Aku tidak mungkin meninggalkan kamu.Mungkinkah Aku membinasakan kamu seperti Adma,atau menghukum kamu seperti Zeboim?Aku tidak sampai hati berbuat demikian.Kasih-Ku bagi kamu terlalu besar.