1. Orang Israel seperti pokok anggur yang berbuah lebat. Semakin makmur mereka, semakin banyak mazbah yang didirikan mereka. Semakin banyak hasil bumi mereka, semakin indah pula tugu-tugu berhala yang dibuat mereka.
2. Hati mereka penuh dengan tipu daya dan sekarang mereka harus menderita akibat dosa mereka. Allah akan merobohkan mazbah-mazbah mereka dan memusnahkan tugu-tugu berhala mereka.
3. Tidak lama lagi mereka akan berkata, “Kita tidak mempunyai raja kerana kita tidak takut kepada TUHAN. Apa gunanya seorang raja bagi kita?”