15. Ketika Barak dan tenteranya menyerang Sisera, TUHAN membingungkan Sisera bersama dengan seluruh tentera dan kereta kudanya. Sisera turun dari kereta kudanya, lalu melarikan diri.
16. Barak mengejar kereta kuda dan tentera musuh sampai ke Haroset-Hagoyim. Seluruh angkatan tentera Sisera dibunuh; tiada seorang pun yang dibiarkan hidup.
17. Sementara itu Sisera melarikan diri ke khemah Yael, isteri Heber, orang Keni itu, kerana Raja Yabin dari Hazor, bersahabat dengan keluarga Heber.