Hakim-Hakim 18:11-15 Alkitab Berita Baik (BM)

11. Kemudian enam ratus orang daripada suku Dan berangkat dari Zora dan Esytaol, siap untuk berperang.

12. Mereka pergi ke bahagian barat Kiryat-Yearim di wilayah Yehuda lalu berkhemah di situ. Itulah sebabnya hingga sekarang tempat itu masih dinamakan Perkhemahan Dan.

13. Dari sana mereka berjalan terus ke wilayah perbukitan Efraim sampai ke rumah Mikha.

14. Kemudian lima orang yang telah mengintip negeri di sekitar Lais berkata kepada sahabat-sahabat mereka, “Tahukah kamu bahawa di dalam salah satu rumah ini ada sebuah patung berhala daripada kayu yang bersalut perak? Ada juga beberapa buah patung berhala lain dan sehelai efod. Cuba fikir apa yang harus kita lakukan.”

15. Kemudian mereka masuk ke dalam rumah Mikha, tempat pemuda Lewi itu tinggal. Mereka memberikan salam kepadanya.

Hakim-Hakim 18