Galatia 5:9-12 Alkitab Berita Baik (BM)

9. Seperti kata orang, “Ragi yang sedikit boleh menjadikan seluruh adunan naik.”

10. Meskipun demikian aku masih yakin bahawa kamu tidak akan mengikut pendirian lain, kerana kita semua sudah bersatu dengan Tuhan. Aku pun yakin bahawa orang yang mengacau fikiran kamu pasti akan dihukum oleh Allah.

11. Tetapi tentang aku, saudara-saudaraku, jika aku mengajarkan bahawa orang perlu bersunat, mengapa aku masih dimusuhi? Jika aku masih berbuat demikian, maka perkhabaranku tentang salib Kristus tidak seharusnya menimbulkan persoalan.

12. Aku berharap supaya semua orang yang mengacau fikiran kamu memisahkan diri daripada jemaah Kristian.

Galatia 5