22. Saya segan meminta pasukan berkuda daripada raja untuk mengawal kami daripada serangan musuh dalam perjalanan. Saya berbuat demikian kerana saya memberitahu baginda bahawa Allah kami memberkati setiap orang yang berharap kepada-Nya, tetapi Dia murka dan menghukum sesiapa sahaja yang tidak setia kepada-Nya.
23. Demikianlah kami berpuasa dan berdoa agar Allah melindungi kami, dan Dia pun mengabulkan doa kami.
24. Daripada para imam yang terkemuka, saya memilih dua belas orang: Serebya, Hasabya, dan sepuluh orang lagi.
25. Kemudian saya menimbang perak, emas, dan perkakas yang disumbangkan oleh raja, para penasihat serta pegawainya, dan juga oleh bangsa Israel untuk digunakan di dalam Rumah TUHAN. Saya memberikan semuanya kepada para imam.
28. Saya berkata kepada mereka, “Kamu ini dikhaskan bagi TUHAN, Allah nenek moyang kita. Demikian juga semua perkakas daripada perak dan emas yang dipersembahkan sebagai persembahan khas kepada TUHAN.