15. Selepas itu Mordekhai meninggalkan istana, sambil memakai pakaian kebesaran berwarna biru dan putih, jubah ungu daripada kain linen yang halus, dan mahkota emas yang cantik sekali. Orang di jalan-jalan raya kota Susan bersorak-sorai kerana bersukacita.
16. Orang Yahudi berasa lega dan gembira, bahagia dan bangga.
17. Di tiap-tiap kota dan wilayah, di mana sahaja titah raja itu dibacakan, orang Yahudi bersukacita, bergembira, dan berpesta. Bahkan banyak orang menjadi warga bangsa Yahudi kerana mereka takut terhadap bangsa itu.