Ester 3:5-8 Alkitab Berita Baik (BM)

5. Haman sangat marah apabila dia mengetahui bahawa Mordekhai tidak mahu bersujud kepadanya.

6. Apabila Haman mengetahui bahawa Mordekhai orang Yahudi, dia bertekad bukan sahaja untuk menghukum Mordekhai tetapi juga membinasakan tiap-tiap orang Yahudi di seluruh Kerajaan Persia.

7. Pada tahun kedua belas pemerintahan Raja Ahasyweros, pada bulan pertama, iaitu bulan Nisan, Haman memberikan perintah supaya orang membuang undi (yang disebut “purim”) untuk menentukan hari dan bulan yang sesuai bagi melaksanakan pakatannya yang jahat itu. Akhirnya, yang ditetapkan adalah hari ketiga belas bulan kedua belas, iaitu bulan Adar.

8. Kemudian Haman memberitahu raja, katanya, “Tuanku, ada satu bangsa yang terselerak di setiap wilayah di seluruh kerajaan tuanku. Mereka mempunyai adat istiadat yang berlainan sekali dengan adat istiadat bangsa lain. Lagipun mereka tidak patuh kepada undang-undang kerajaan. Oleh itu, sebaiknya tuanku jangan biarkan mereka berbuat sesuka hati.

Ester 3