1. Selepas Raja Belsyazar dibunuh, Raja Darius orang Media, yang ketika itu berusia enam puluh dua tahun, merebut takhta kerajaan Babilonia.
2. Raja Darius membahagi kerajaannya kepada seratus dua puluh wilayah, yang setiapnya diperintah oleh seorang gabenor.
3. Selain itu, baginda memilih Daniel dan dua orang lain untuk mengawasi para gabenor itu serta menjaga kepentingan raja.
4. Lalu ternyatalah pekerjaan Daniel lebih baik daripada pengawas ataupun gabenor yang lain-lain itu. Kerana Daniel begitu cekap, raja ingin melantik dia menjadi penguasa seluruh kerajaan.
5. Hal itu menyebabkan para pengawas dan gabenor yang lain berusaha untuk mencari kesalahan Daniel dalam tugas pemerintahan kerajaan itu, tetapi mereka tidak berjaya kerana Daniel setia, jujur, dan tidak lalai.
6. Kemudian mereka berkata, “Kita tidak mungkin mencari kesalahan Daniel, kecuali dalam hal yang berkaitan dengan agamanya.”
7. Oleh itu mereka menghadap raja dan berkata, “Daulat tuanku, Raja Darius!