8. Mereka harus membentangkan sehelai kain merah di atas semua benda itu, dan menutup semuanya dengan sehelai kulit halus. Kemudian mereka harus memasangkan kayu pengusung meja itu.
9. Mereka harus mengambil sehelai kain biru dan menutup kaki pelita serta pelita-pelitanya, penyepit untuk membersihkan sumbu pelita, dulang, dan semua bekas untuk minyak zaitun.
10. Mereka harus membungkus kaki pelita itu serta peralatannya dengan sehelai kulit halus, lalu meletakkan semuanya di atas usungan.
11. Selepas itu mereka harus membentangkan sehelai kain biru di atas mazbah emas, dan menutupnya dengan sehelai kulit halus. Kemudian mereka harus memasangkan kayu pengusung mazbah itu.