Bilangan 33:1-4 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Selepas umat Israel meninggalkan Mesir, dalam barisan menurut suku masing-masing di bawah pimpinan Musa dan Harun, mereka berkhemah di beberapa tempat.

2. TUHAN memerintahkan Musa menulis nama tiap-tiap tempat mereka berkhemah.

3. Umat Israel meninggalkan Mesir pada hari kelima belas bulan pertama, sehari selepas Paska yang pertama. Di bawah perlindungan TUHAN, umat Israel dengan penuh keyakinan meninggalkan kota Rameses sambil disaksikan oleh orang Mesir,

4. yang ketika itu sedang menguburkan anak-anak lelaki sulung mereka yang dibunuh oleh TUHAN. Demikianlah TUHAN menunjukkan bahawa Dia lebih berkuasa daripada tuhan-tuhan orang Mesir.

15-37. Dalam perjalanan mereka dari Rafidim ke Gunung Hor, mereka berkhemah di tempat-tempat berikut: Gurun Sinai, Kibrot-Taawa (atau “Kuburan Kerakusan”), Hazerot, Ritma, Rimon-Peres, Libna, Risa, Kehelata, Gunung Syafer, Harada, Makhelot, Tahat, Tarah, Mitka, Hasmona, Moserot, Bene-Yaakan, Hor-Gidgad, Yotbata, Abrona, Ezion-Geber, padang gurun Zin (iaitu Kades), dan Gunung Hor di sempadan tanah Edom.

38-39. Imam Harun naik ke Gunung Hor menurut perintah TUHAN. Di situ Harun meninggal ketika berumur 123 tahun, pada hari pertama bulan kelima, tahun yang keempat puluh setelah umat Israel meninggalkan Mesir.

Bilangan 33