Bilangan 26:19-20-32 Alkitab Berita Baik (BM)

2. “Kamu harus membanci semua orang Israel menurut keluarga masing-masing. Semua orang lelaki yang berumur dua puluh tahun ke atas dan yang layak menjadi askar harus dibanci.”

3-4. Musa dan Eleazar mematuhi perintah TUHAN. Mereka mengumpulkan semua orang lelaki yang berumur dua puluh tahun ke atas. Mereka berkumpul di dataran Moab di seberang Sungai Yordan, bertentangan dengan kota Yerikho.Inilah orang Israel yang keluar dari Mesir:

5. Suku Ruben, anak sulung Yakub: puak Henokh, Palu,

6. Hezron, dan Karmi.

7. Kaum lelaki dalam puak-puak itu berjumlah 43,730 orang.

8. Anak Palu ialah Eliab,

9. dan anak-anak Eliab ialah Nemuel, Datan, dan Abiram. Datan dan Abiram telah dipilih oleh puak itu sebagai pemimpin masyarakat, tetapi mereka menentang Musa dan Harun. Datan dan Abiram berpihak kepada pengikut-pengikut Korah ketika mereka memberontak terhadap TUHAN.

19-20. Suku Yehuda: puak Syela, Peres, Zerah,

21. Hezron, dan Hamul. Dua orang anak lelaki Yehuda, iaitu Er dan Onan, sudah meninggal di Kanaan.

22. Orang lelaki dalam puak-puak ini berjumlah 76,500 orang.

23. Suku Isakhar: puak Tola, Pua,

24. Yasub, dan Simron.

25. Orang lelaki dalam puak-puak ini berjumlah 64,300 orang.

26. Suku Zebulon: puak Sered, Elon, dan Yahleel.

27. Orang lelaki dalam puak-puak ini berjumlah 60,500 orang.

28. Keturunan Yusuf; dia mempunyai dua orang anak lelaki, Manasye dan Efraim.

29. Suku Manasye: Makhir anak Manasye, ialah bapa Gilead, dan puak-puak berikut ialah keturunan Gilead:

30. puak Iezer, Helek,

31. Asriel, Sekhem,

32. Semida, dan Hefer.

Bilangan 26