Bilangan 18:1-3 Alkitab Berita Baik (BM)

1. TUHAN berfirman kepada Harun, “Engkau, anak-anak lelakimu, dan orang Lewi mesti menanggung akibat kesalahan yang berlaku, yang berkaitan dengan pekerjaan di Khemah-Ku. Tetapi cuma engkau dan anak-anak lelakimu yang menanggung kesalahan yang berkaitan dengan pekerjaan imam.

2. Suruhlah sanak saudaramu, iaitu suku Lewi, bekerja bersama-sama kamu dan menolong kamu ketika engkau dan anak-anak lelakimu bertugas di Khemah-Ku.

3. Orang Lewi mesti melakukan kewajipan mereka terhadap kamu dan melakukan tugas mereka di Khemah-Ku, tetapi mereka tidak boleh menghampiri mazbah atau menyentuh benda-benda suci di dalam Bilik Suci. Jika mereka melanggar peraturan itu, baik mereka mahupun kamu akan mati.

Bilangan 18