10. Kemudian TUHAN berfirman kepada Musa, “Letakkanlah semula tongkat Harun di depan Tabut Perjanjian. Tongkat itu harus disimpan sebagai amaran kepada orang Israel yang suka memberontak, bahawa mereka akan mati jika mereka tidak berhenti bersungut-sungut.”
11. Musa melakukan apa yang diperintahkan TUHAN.
12. Kemudian orang Israel berkata kepada Musa, “Kalau begitu, celakalah kami! Kami akan binasa!
13. Jika orang yang menghampiri Khemah TUHAN harus mati, maka tidak ada harapan lagi bagi kami!”