Ayub 6:7-13 Alkitab Berita Baik (BM)

7. Aku tidak berselera untuk makan,dan segala makanan memuakkan.

8. Mengapakah Allah tidak mengabulkan permohonanku?Mengapakah Dia tidak menjawab doaku?

9. Kalaulah Allah berkenan meremukkan aku,kalaulah Dia bertindak dan membunuh aku,

10. aku akan melompat keriangan,walaupun aku sangat kesakitan.Aku tahu bahawa Allah suci adanya;aku tidak pernah membantah perintah-Nya.

11. Apa kekuatanku untuk terus hidup?Mengapa terus hidup jika aku tidak mempunyai harapan?

12. Adakah badanku sekuat batu?Adakah tubuhku daripada gangsa?

13. Aku tiada tenaga lagi untuk menyelamatkan diriku;tiada pertolongan lagi bagiku.

Ayub 6