Ayub 41:18-26 Alkitab Berita Baik (BM)

18. Cahaya berkilau apabila Lewiatan bersin,dan matanya bersinar seperti matahari yang terbit.

19. Api keluar dari mulutnya,dan bunga api berterbangan.

20. Asap berkepul-kepul keluar dari hidungnya,seperti periuk yang dipanaskan sehingga isinya mendidih.

21. Nafasnya menyalakan bara;api keluar dari mulutnya.

22. Lehernya sangat kuat,sehingga orang yang menemuinya takut.

23. Tiada bahagian yang lemah pada kulitnya;kulitnya keras dan tidak mungkin pecah.

24. Hatinya seteguh batu, tidak kenal ketakutan,dan keras seperti batu kisaran.

25. Apabila Lewiatan bangun, orang terkuat pun hilang keberanian;mereka tidak berdaya kerana sangat ketakutan.

26. Tiada pedang yang dapat mencederakannya;tiada tombak, panah, atau lembing dapat melukakannya.

Ayub 41