Ayub 38:28-36 Alkitab Berita Baik (BM)

28. Adakah hujan mempunyai bapa kandung?Siapakah yang melahirkan embun?

29. Adakah air batu mempunyai ibu?Siapakah yang melahirkan embun beku?

30. Siapakah yang mengubah air menjadi batudan menjadikan permukaan laut beku?

31. Dapatkah engkau memberkas gugusan Bintang Kartika,ataupun melepaskan ikatan Bintang Orion?

32. Dapatkah engkau membimbing bintang-bintang pada setiap musim,dan menuntun Biduk Besar dan Biduk Kecil?

33. Tahukah engkau hukum-hukum di cakerawala,dan dapatkah engkau menerapkannya di dunia?

34. Dapatkah engkau meneriakkan perintah kepada awan,dan menyuruhnya membasahi engkau dengan hujan?

35. Jika engkau memerintah kilat supaya sabung-menyabung,adakah kilat datang kepadamu dan berkata, “Saya, tuan!”?

36. Siapakah yang memberitahu burung ibis bahawa Sungai Nil akan banjir?Siapakah yang memberitahu ayam jantan bahawa hujan akan turun?

Ayub 38