Ayub 36:1-2-16 Alkitab Berita Baik (BM)

1-2. Dengarlah sebentar lagi dan bersabarlah,masih ada yang hendak aku katakan demi Allah.

3. Pengetahuanku luas; aku akan menggunakannyauntuk menunjukkan bahawa Penciptaku adil.

4. Perkataanku tiada yang palsu;orang yang sungguh bijak berada di depanmu.

5. Allah sungguh perkasa, dan tidak menghina sesiapa;segala sesuatu difahami-Nya.

6. Dia tidak membiarkan orang berdosa hidup lama,dan Dia memberikan keadilan kepada orang yang menderita.

7. Dia melindungi orang yang jujur;Dia membiarkan mereka memerintah seperti rajasehingga mereka dihormati selama-lamanya.

8. Tetapi jika orang dibelenggu dengan rantai besi,dan menderita kerana perbuatan mereka sendiri,

9. maka dosa dan kesombongan mereka,akan dinyatakan oleh Allah.

10. Dia menggerakkan mereka supaya mendengarkan amaran-Nya,dan supaya meninggalkan kejahatan mereka.

11. Jika mereka mematuhi Allah dan mengabdi kepada-Nya,mereka akan hidup aman dan makmur sampai akhir hayat mereka.

12. Tetapi jika mereka tidak mematuhi Allah, mereka akan binasa;mereka akan mati dalam kebodohan mereka.

13. Orang yang tidak mengenal Allah, menyimpan kemarahan;walaupun dihukum, mereka tidak berdoa minta pertolongan.

14. Mereka mati ketika masih muda,kerana hidup mereka penuh aib.

15. Tetapi Allah mengajar manusia melalui penderitaandan menginsafkan mereka melalui kesusahan.

16. Allah telah melepaskan engkau daripada kesusahan,dan membiarkan engkau menikmati keamanan,dan mejamu dipenuhi makanan.

Ayub 36