Ayub 32:6-10 Alkitab Berita Baik (BM)

6. dan berkata demikian,“Aku ini masih muda, sedangkan kamu sudah tua,oleh itu aku takut dan ragu-ragu mengemukakan pendapatku.

7. Fikirku, biarlah yang sudah lanjut usia bercakap,dan yang lebih tua membahagikan hikmat.

8. Tetapi sebenarnya Roh Allah Yang Maha Kuasayang memberikan hikmat kepada manusia.

9. Orang menjadi bijak, bukan kerana lanjut umurnya;orang mengerti yang benar, bukan kerana tinggi usianya.

10. Oleh itu, dengarkanlah aku;biarlah aku memberitahu kamu pendapatku.

Ayub 32