Amsal 6:32-35 Alkitab Berita Baik (BM)

32. Tetapi seorang lelaki yang berzina sangat bodoh. Lelaki itu membinasakan dirinya sendiri.

33. Dia akan dihina dan dipukul orang. Dia akan dipermalukan selama-lamanya.

34. Seorang suami paling marah apabila dia cemburu. Dendamnya tidak mengenal batas.

35. Dia tidak mahu menerima ganti rugi; pemberian sebanyak apa pun tidak dapat meredakan kemarahannya.

Amsal 6