19. Seperti air mencerminkan wajah, demikian juga hati orang mencerminkan orang yang sebenarnya.
20. Di dunia orang mati, selalu ada tempat; begitu juga nafsu manusia tidak ada batasnya.
21. Emas dan perak diuji dengan api; orang dinilai menurut sikapnya terhadap pujian.
22. Walaupun orang bodoh dipukul hingga setengah mati, namun kebodohannya tidak lenyap.
23. Peliharalah ternakan kamu baik-baik,
24. kerana kekayaan tidak kekal. Bahkan kuasa untuk memerintah pun tidak tetap selama-lamanya.
25. Kamu memotong rumput dan mengumpulkannya untuk ternakan kamu, tetapi sementara itu rumput yang baru tumbuh.
26. Kamu dapat membuat pakaian daripada bulu domba. Kamu dapat membeli tanah daripada jualan kambing.