Amsal 21:4-6 Alkitab Berita Baik (BM)

4. Orang jahat berdosa kerana dikuasai oleh kesombongan dan keangkuhan.

5. Rancangan yang dibuat oleh orang rajin membawa hasil yang berlimpah tetapi tindakan tergesa-gesa mengakibatkan orang kekurangan.

6. Kekayaan yang diperoleh secara tidak jujur, bukan sahaja tidak kekal tetapi pasti akan membawa maut.

Amsal 21