Amsal 15:10-14 Alkitab Berita Baik (BM)

10. Orang yang berbuat jahat akan dihukum dengan berat; orang yang tidak mahu menerima tegur ajar akan mati.

11. Jika TUHAN mengetahui segala sesuatu tentang dunia orang mati, pasti Dia juga mengetahui fikiran manusia.

12. Orang yang sombong tidak suka ditegur ajar; dia tidak pernah meminta nasihat daripada orang yang lebih bijak.

13. Hati yang gembira membuat wajah berseri-seri; hati yang sedih mematahkan semangat.

14. Orang yang bijak suka belajar, tetapi orang yang bodoh puas dengan kebodohan.

Amsal 15